22 Februari 2010

Koleksi Ilmu MLM

Business Opportunity Preview (BOP)

2. Rich Dad Poor Dad

Koleksi Pengalaman...

Terima Kasih ZHULIAN di atas peluang yang ditawarkan. Sesungguhnya melalui peluang perniagaan MLM ini, kami berpeluang untuk bertamu di negara-negara lain dan melihat sendiri keunikan budaya bangsa lain. Bak kata perpatah "Jauh Perjalanan Luas Pandangan Bertambah Pengalaman".
Bagusnya perniagaan MLM, kami berpeluang mengajak anda bersama kami menikmati perjalanan hidup dengan lebih berwarna-warni. Anda berpeluang menambah seri pada kehidupan anda. Jangan biarkan hidup anda dengan warna hitam dan putih sahaja. Warni ia dengan warna-warna pelangi. Selamat menyertai perniagaan MLM bersama kami di ZHULIAN.

Pelajaran 11: Sebuah Pembentangan Efektif

Pengenalan: Persoalan Penting (5 minit)

Persoalan Impian
Bolehkah impian anda tercapai dengan pekerjaan sekarang???
Kalau memang dah TAK BOLEH, mengapa masih tunggu di situ!!!

Bahagian 1: Industri (3 minit)
Perniagaan MLM sah di sisi undang-undang.

Bahagian 2: Syarikat ( 2 minit)
Nama syarikat: Zhulian Marketing (M) Sdn Bhd
Pengalaman: 20 tahun
Kemudahan: 3 buah kilang sendiri
Negara Operasi: Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura

Bahagian 3: Produk-Produk (5 minit)
Ada permintaan ke? Ya, permintaan yang sangat baik kerana ia memenuhi keperluan masyarakat, kualiti premium & harga berpatutan.
Boleh dijual ke? Ya, jualan syarikat ratusan juta setahun.
Best ke produk tu? Mereka yang memiliki sedang menikmati kebaikan produk.

Bahagian 4: Latihan (10 minit)
Persoalan penting “Bolehkan saya melakukannya”. Jawapannya “YA”
Kami menyediakan program latihan untuk anda. Anda tak perlu risau

Program Latihan Bahagian 1
Program latihan melalui risalah, buku dan seminar dari syarikat.
Perjumpaan latihan setempat di kawasan anda anjuran agensi.

Program Latihan Bahagian 2 (perlu diberi penekanan)
Latihan “Sambil Bekerja”. Kami akan bantu anda (Anda hanya ikut “SISTEM”).
Anda akan dilatih sehingga mahir. Ikut program ini dengan tekun dan sabar.

Bahagian 5: Pelan Pemasaran (10 minit)
Fokus kepada 3 soalan penting:
Berapa banyak kos yang perlu? Jadi ahli RM68. Modal antara 500PV-1500PV
Apa yang perlu di buat? Buat tindakan mengikut “SISTEM”.
Berapa banyak DUIT boleh dapat? RM246, RM1668, RM5700 dan lebih bergantung kepada KOMITMEN anda.

Pelajaran 10: Cara Menggunakan Buku "Menilai Komitmen"

Jika anda PILIH buat perniagaan MLM ini secara serius dan mengikut “SISTEM”, miliki buku “Menilai Komitmen”. Ia bertujuan memudahkan anda membentangkan peluang perniagaan kepada prospek yang layak.

Memulakan Bicara
  • Selepas tetapkan temujanji, anda bersama penaja berjumpa prospek.

  • Gunakan buku “Menilai Komitmen”. Tanya soalan itu kepada prospek.

  • Jika jawapan prospek “OK”, baru bentang. Jika “Tidak” tak perlu.


Meminta Keizinan Untuk Membentang



  • “Tahniah Pn. anda layak untuk saya tawarkan peluang ini. Saya perlukan masa lebih kurang 10 minit”. Sebelum itu saya nak beritahu 4 perkara.

  • “Pn., ramai orang telah menyertai program ini kerana mereka nampak cara buat duit. Lagipun untuk menjadi ahli cuma RM68. Cuma ada dua sebab mereka tidak sertai program kami, 1) mereka tidak faham atau 2) mereka tidak ada duit RM68 pada ketika itu. Saya akan sampaikan fakta-fakta asas sahaja. Jika anda suka, itu bagus dan kita boleh mulakannya. Jika tak suka pun tidak jadi masalah. Adil tak?

  • Apabila prospek kata “YA” atau “ ADIL” baru anda mulakan pembentangan.

Cara Membentang Peluang Perniagaan


  • “Yuran ahli RM68 je”.

  • “Faedah ini menanti anda”. Sebutkan satu persatu

  • Bagaimana nak dapat?

  • “Anda jadi ahli”, kemudian anda
    1) Guna sendiri dan jual produk 500PV setiap bulan”
    2) Ajak rakan anda sertai program ini.
    “Jangan risau, SISTEM kami akan bantu anda”
    “Hari ini, tugas anda bayar RM68 dan sertai kami. Itu saja”.
    “Minta IC, saya tolong isikan borang”

Pelajaran 9: Pahatkan Di Minda Prospek, Mereka Telah Memilikinya

Sebagai seorang pengedar perniagaan MLM, aktiviti utama anda adalah mengguna produk, menjual produk dan mengajak rakan-rakan anda menjadi ahli (menyertai organisasi anda). Bagi pengedar baru, aktiviti menjual dan mengajak rakan menjadi ahli merupakan satu cabaran yang besar dan mencabar. Apa yang anda mesti lakukan. Mengikut Tom Big Ai penyelesaian kepada masalah penjualan dan penajaan sejagat adalah mudah dengan membuat prospek merasa selesa.
Jelaskan pada prospek bahawa:
  • Ramai orang sudah menyertai program ini @ membeli produk ini
  • Kos untuk menyertai program @ produk
  • Sebab mereka tidak menyertai program ini @ tidak beli produk ini
  • Anda hanya sampaikan fakta dan biarkan prospek buat keputusan.

Anda perlu memberitahu EMPAT perkara di atas SEBELUM anda membuat pembentangan peluang perniagaan atau jualan. Sebagai contoh:

a) Pn., ramai orang telah menyertai program ini kerana mereka nampak cara buat duit. Lagipun untuk menjadi ahli cuma RM68. Cuma ada dua sebab mereka tidak sertai program kami, 1) mereka tidak faham atau 2) mereka tidak ada duit RM68 pada ketika itu. Saya akan sampaikan fakta-fakta asas sahaja. Jika anda suka, itu bagus dan kita boleh mulakannya. Jika tak suka pun tidak jadi masalah. Adil tak?


b) Pn., ramai orang menyukai produk ISO.3 kami ini. Lagipun harganya cuma RM104 sahaja. Hanya 2 sebab sahaja orang tidak membeli produk ISO.3 yang bagus ini ialah kerana mereka tidak percaya yang ia betul-betul berkesan, ataupun mereka tidak dapat membelanjakan RM104. Apa pun biar saya jelaskan bagaimana ia berfungsi. Jika anda suka, hadiahkan pada diri sendiri. Kalau awak tidak menyukainya pun, tidak ada masalah. Adil bukan?

Di atas adalah contoh bagaimana anda boleh memahatkan pada minda prospek bahawa mereka telah memilikinya sebelum anda menerangkannya. Hal ini bertujuan untuk meredakan tekanan dan meningkatkan tumpuan prospek terhadap perkara yang bakal anda ceritakan.

Pelajaran 8: Bagaimana Meningkatkan Jualan Kumpulan

“Macam mana nak dapat bonus besar? Maklumat Penting - Bonus perniagaan MLM dibayar berdasarkan jumlah jualan kumpulan. Jika jualan kumpulan anda besar dan meningkat maka bonus anda akan besar dan meningkat. Soalnya ialah “macamana nak besarkan jualan kumpulan saya”.

Saya kongsikan cerita “Sindrom Ladang Tenusu” dari buku “Rahsia Sistem Penajaan Hebat”, tentang BAGAIMANA mahu tingkatkan hasil susu lembu.

Cara pertama, perah susu lembu sedia ada dengan lebih kerap. Ini sama seperti memaksa pengedar sedia ada berbelanja lebih. Hasilnya mengecewakan anda dan pengedar lama juga kecewa dengan tindakan anda.

Cara kedua, tambah bilangan lembu. Kalau sekarang ada 10 ekor lembu tambah kepada 20, 50 atau 100 ekor lembu. “Macam mana nak tambah lembu”. Soalan ini sama seperti “Macam mana nak besarkan bonus? Dapatkan seramai mungkin pengedar baru. Lakukan penajaan secara berpasangan dan ikut “SISTEM” yang telah anda pelajari.

Anda masih ingat bagaimana anda mula menyertai perniagaan MLM ini.
  • Seorang dari kawan menelefon anda dan bertanyakan soalan “Anda minat buat duit tambahan”. Anda jawab “Ya”
  • Anda diminta bertemu dengan seseorang yang mempunyai idea tentang cara buat duit.
  • Anda diminta memberi jawapan kepada beberapa soalan. Dan anda layak untuk ditawarkan sebuah peluang yang hebat
  • Pembentangan peluang pun berlaku dalam tempoh yang singkat…dan anda secara sukarela menjadi ahli
  • Anda hadir sesi briefing dan kelas BOP
  • Anda berkomitmen memiliki stok produk 500PV -1500PV.
  • Anda dijelaskan “SISTEM” bagaimana menjalankan perniagaan ini.
  • Anda mengikuti kelas “PENGGANDAAN”
  • Tugas anda adalah melakukan aktiviti ini mengikut “SISTEM”.

Pelajaran 7: Cara Membina Kumpulan Kukuh

Sebuah kumpulan yang kukuh adalah impian setiap pengedar. Bagaimana hendak mendapat sebuah kumpulan yang kukuh? Berikut adalah caranya:

  • Kita bekerja sebagai satu pasukan dengan pengedar tahap pertama (yang bermotivasi) sehingga kita membina sekurang-kurangnya 15 pengedar dalam kumpulannya.
  • Kita membantu pengedar tahap pertama mengenalpasti 5-8 pengedar yang baik yang boleh bekerja dengan beliau sebagai satu pasukan.
  • Pengedar tahap pertama selalunya tidak boleh bekerja dengan pengedar dalam kumpulan beliau dengan serta merta. Bantu dia dan secara tidak langsung kita sedang membina organisasi dengan melatih pengedar-pengedar baru.
  • “SISTEM” ini memberi anda pengedar-pengedar berikut. Jika anda mempunyai enam atau tujuh pengedar bermotivasi, anda akan membina sebuah kumpulan yang besar kerana mereka mengulangi kejayaan anda.

    1 pengedar bermotivasi
    6 pengedar pengedar level 1 yang bermotivasi
    9 pengedar tidak bermotivasi/pengguna produk
  • Pastikan setiap pengedar bermotivasi dalam organisasi anda mempunyai buku ini. Jangan berikan kepada pengedar yang tidak bermotivasi kerana mereka akan menganggap anda memaksa mereka bekerja. Anda perlu kerap membuat kaji semula “SISTEM” dengan semua pengedar agar mereka tidak hilang arah.
  • Apabila anak didik telah dilatih dengan sepenuhnya barulah menambah lagi anak didik.
  • Jika anda mengikut “SISTEM” ini dengan tekun dan sabar, kumpulan anda akan berkembang dan menghasilkan sebuah kumpulan yang kukuh.

Pelajaran 6: Membina Organisasi Perniagaan MLM

Anda tidak perlu menaja terlalu ramai pengedar tahap pertama. Cukup sekadar 6 orang pengedar tahap pertama yang aktif yang dibina seorang demi seorang.

Tugas Utama Anda
  • Bekerja dengan pengedar bermotivasi dan menaja secara berpasangan.
  • Layan pengedar tidak bermotivasi sebagai pengguna dan dapatkan prospek.
  • Membina kumpulan seberapa banyak tahap (level) ke bawah.
  • Bekerja untuk menggantikan pengedar yang tidak bermotivasi
  • Taja juga prospek yang tidak bermotivasi (matlamat peribadi mereka mungkin berubah) dan dapatkan prospek yang berkualiti dari mereka.
  • Terus ikut “SISTEM”. Jangan terpesong.
  • “SISTEM” ini telah terbukti berkesan. Amalan golongan profesional.

Membuat Pra Penilaian Prospek Anda

Sebelum buat pembentangan “peluang perniagaan” lakukan pra penilaian terhadap prospek bagi menjimatkan masa dan mewujudkan keserasian.

Apakah kualiti prospek untuk jadi pengedar bermotivasi? Hanya 2 kualiti penting yang perlu pada diri anda dan diri prospek untuk menjadi pengedar yg baik.

  • Keinginan. Prospek mesti mempunyai keinginan untuk dapat duit lebih
  • Masa. Kita mahukan prospek yang boleh beri komitmen masa 6 jam seminggu untuk perniagaan ini.

Soalan yang anda perlu tanya dalam pra penilaian adalah seperti:

  • “Adakah awak ingin dapat duit lebih dalam RM1000-RM2000 sebulan?”
  • “Adakah awak boleh meluangkan masa 6 jam seminggu untuk itu”?

Kita hanya mendengar jawapan prospek. Kemudian tentukan sama ada mereka layak atau tidak. Mudah sahaja. Dua soalan ini juga boleh mewujudkan keserasian dan anda boleh mulakan kerja anda.

Pelajaran 5: Bekerja Berpasangan Seribu Manfaat

Pada pelajaran yang lepas, pengedar baru belajar cara berjumpa prospek bersama dengan penaja @ pemimpin. Mereka berdua pergi berjumpa prospek. Kaedah ini dinamakan bekerja secara berpasangan.

Kenapa bekerja secara berpasangan ini sangat berkesan.

  • Bila anda seorang berjumpa prospek, dia mungkin memesongkan anda dengan pelbagai cerita atau memperli anda. Keadaan akan bertukar bila orang yang tidak dikenali hadir sama. Banyak perkara negatif tentang anda akan hilang dan peluang untuk menerima lebih tinggi.
  • Bila anda seorang diri, prospek hanya nampak anda, bukan syarikat atau peluang perniagaan yang anda wakili. Jika dia melihat anda secara peribadi tidak sempurna, dia akan menolak peluang itu. Namun bila ada orang yang tidak dikenali, keputusan adalah berdasarkan fakta.
  • Bila dua orang bekerja sebagai satu pasukan, keyakinan diri berada pada tahap tinggi dan saling memotivasikan. Itukan yang anda mahu!
  • Bila seorang membentang dan seorang memerhati, maka proses belajar menjadi semakin efektif. Anda boleh mendengar dan menyokong sesuatu fakta bagi meningkatkan keyakinan prospek.
  • Dua pengedar yang berkerja bersama akan dapat mencapai lebih kejayaan dibandingkan apabila mereka bekerja secara berasingan.
  • Pengedar professional pentingkan kepada kerja yang berjalan lancar.
  • Bila dua orang berkerjasama, mereka berpeluang menilai pembentangan masing-masing, mengkaji semula aspek baik dan aspek yang lemah bagi memastikan pembentangan pada akan datang menjadi lebih baik.
  • Bila anda telah mahir, anda perlu membentangkan peluang perniagaan secara berpasangan dengan pengedar anda yang bermotivasi. Latih mereka sebagaimana anda telah dilatih oleh penaja @ pemimpin anda.

Pelajaran 4: Cara Membuat Temujanji

Setelah hadir ke sesi briefing atau kelas BOP (Business Opportunity Preview), anda mesti membuat senarai nama prospek (kawan dan kenalan anda) dalam sebuah buku. Mereka ini adalah orang istimewa yang akan anda berikan mereka sebuah PELUANG. Juga senarai adik beradik dan jiran. Senaraikan seramai yang mungkin tanpa syak wasangka dan sebarang hukuman. Senarai prospek mesti terus ditambah dan ditambah.

Maklumat Penting Prospek (Nama, alamat dan no. HP, pekerjaan prospek & pasangan)

Buat Panggilan Telefon dan Dapatkan Temujanji

  • Selepas senaraikan prospek buat beberapa panggilan.
  • Dapatkan beberapa temujanji.
  • Jangan risau dengan siapa anda buat temujanji kerana penaja anda akan bersama anda dan bercakap dengan mereka.
  • Contoh perbualan. “Assalamualaikum Kak Ani”.”Ana ni”. “Akak nak tanya sikit, boleh”. “Akak minat buat duit tambahan?” “Kalau macam tu Ana nak jumpakan akak dengan kawan saya Pn Rosni”.”Apa kata kita jumpa kat rumah akak malam ni selama 20 minit”.
  • Buat beberapa panggilan sekarang juga.
  • Bila prospek tanya “Ada apa ni”. “Ana nak akak jumpa dengan Pn Rosni, dia ada banyak idea untuk buat duit”. “Akak tak akan rasa rugi berjumpa dengannya”.

Selepas Dapatkan Temujanji

  • Pergi rumah prospek bersama dengan penaja @ pemimpin anda
  • Kenalkan prospek dengan penaja @pemimpin anda
  • Perhatikan apa yang dilakukan oleh pemimpin dan belajar
  • Pemimpin anda akan menerangkan peluang peniagaan kepada prospek
  • Hanya satu pembentangan mudah dan tiada tekanan
  • Pembentangan Dua Lawan Satu adalah rahsia kejayaan MLM
  • Dua pengedar yang berkerja bersama akan mencapai kejayaan cemerlang.
  • Ikut “SISTEM” ini secara berterusan

Pelajaran 3: Bagaimana Mahu Bermula

Setelah menjadi ahli, anda harus melakukan langkah seterusnya. Keghairahan dan semangat pengedar baru untuk memulakan perniagaan ini harus dipimpin dan dibantu. Penaja dan pemimpin akan membantu anda memulakan perniagaan dalam kadar segera. Seorang pengedar baru sangat memerlukan stok produk bagi tujuan berikut:

1) Kegunaan sendiri: Bagi membina kepercayaan terhadap produk yang akan diniagakan maka mereka mesti menjadi pengguna terlebih dahulu.

2) Jualan runcit: Bagi membuat beberapa jualan runcit dan cuba meneroka pasaran. Anda boleh terus beri produk bila pelanggan mahukan dan membuktikan anda pengedar yang serius melakukan perniagaan ini.

3) Barang contoh (sampel): Bagaimana jika pelanggan mahukan sampel? Anda harus berikan sampel dalam kuantiti yang kecil (yang dipek semula) dengan segera.

4) Set Permulaan Pengedar Baru: Pengedar yang baru mendaftar perlukan stok produk. Jika anda mahukan beberapa orang pengedar dalam satu-satu masa, anda perlukan beberapa stok produk di dalam tangan.

Bagaimana memulakan perniagaan MLM yang mudah ini? Anda MESTI BERKOMITMEN memiliki stok pemulaan sekitar 500PV - 1500PV. Pendapatan dari perniagaan MLM hanya diperolehi apabila anda berupaya menggerakkan produk. Berilah peluang terbaik kepada pengedar baru untuk berjaya. Stok produk bergantung kepada tahap keaktifan pengedar.

#Pastikan anda berjaya melakukan transaksi peribadi minima 1500PV, atau membuat transaksi peribadi 500PV dan menaja 2 orang yang setiap satunya membuat transaksi peribadi 500PV bagi melayakkan diri mengikuti kelas “PENGGANDAAN”.

## Kelas “PENGGANDAAN” sangat penting. Anda berpeluang mempelajari “SISTEM” yang terbukti berkesan dalam menjalankan perniagaan MLM.

Pelajaran 2: Menjadi Ahli Perniagaan MLM

Seseorang kenalan menelefon anda dan bertanya sama ada anda berminat untuk BUAT duit tambahan. Dengan kata lain kawan anda sedang menawarkan sebuah peluang untuk mendapat duit tambahan. Anda bersetuju kerana anda memang sedang mencari cara untuk menambah pendapatan dan memperbaiki taraf hidup keluarga. Dalam temujanji itu anda diperkenalkan dengan seseorang yang mempunyai idea tentang cara buat duit. Sebelum membentangkan peluang perniagaan, orang itu menanyakan beberapa pertanyaan.

· Pendapatan Bulanan Keluarga: RM__________
· MAHU buat duit tambahan RM1000 sebulan? __________
· SUDI belajar dan dibantu untuk berjaya? ____________
· SANGGUP luang masa 6 jam seminggu untuk ini? ________

Anda memberikan jawapan yang positif atas setiap soalan itu. Setelah mendengar jawapan anda, orang itu berkata “Tahniah, anda layak untuk saya tawarkan peluang ini”. “Sila dengar dengan teliti, kemudian anda boleh menerimanya atau sebaliknya”. Setelah mendengar pembentangan ringkas itu anda secara rela hati mengambil keputusan untuk menjadi ahli. Tiada paksaan. Anda juga bersetuju untuk berkomitmen menjayakan perniagaan MLM ini.


TAHNIAH…
SELAMAT DATANG KE DUNIA KEEMASAN ZHULIAN….
ANDA SEDANG MELANGKAH KE ARAH KEJAYAAN


Untuk menjadi ahli anda perlu mengisi borang keahlian dan membayar yuran keahlian. Itu sahaja. Selepas menjadi ahli, anda perlu:

· Meneliti setiap dokumen yang terkandung dalam kit perniagaan.
· No. pendaftaran sementara (No. TRN:XXXXXX)
· Membuat komitmen pembelian produk 500PV untuk kegunaan sendiri.
· Guna produk itu secara berlapang dada
· Berkomitmen untuk hadir sesi “penerangan bisnes” dan BOP.
· Sentiasa berhubung dengan penaja anda untuk bimbingan

Pelajaran 1: Sebuah Catatan Perniagaan MLM

Secara ringkas perniagaan MLM adalah ramai orang melakukan sedikit aktiviti.


  • Anda membeli produk untuk kegunaan sendiri pada setiap bulan,

  • Anda menjual kepada orang lain pada setiap masa, dan

  • Anda ajak orang yang sanggup buat kerja jadi ahli pada setiap masa.

Sekali imbas perniagaan MLM nampak begitu mudah. Ya memang mudah kerana semuanya telah tersedia. Tugas anda memberi komitmen untuk melakukannya. Perniagaan MLM anda tidak akan terbina dengan sendiri tanpa diusahakan. Bagi memastikan kumpulan yang besar dan kukuh anda mesti menjalankan perniagaan ini mengikut “SISTEM” yang telah terbukti berkesan. Hanya melalui “SISTEM” perniagaan MLM berkembang pesat ke seluruh dunia. Kenapa?

  • Cuma memerlukan beberapa ratus ringgit sahaja untuk memulakannya
  • Sesiapa sahaja boleh menjadi pengedar
  • Hanya perlu menjual sedikit produk
  • Tugas utama adalah mencari seramai mungkin pengedar baru

Walaupun perniagaan MLM ini mudah tetapi ia menyediakan ganjaran yang banyak dan lumayan. Oleh yang demikian tidak hairanlah ramai dari golongan profesional mula melibatkan diri dalam perniagaan MLM ini. Usahawan MLM bukan hanya menikmati pendapatan lumayan, kereta mewah dan pelancongan ke luar negara setiap tahun, mereka turut menikmati kebebasan masa dari kawalan majikan. Mereka boleh mengatur masa mereka sendiri mengikut kesukaan tanpa perlu memohon kebenaran dari pihak lain.


Setiap manusia inginkan kehidupan yang selesa dan persekitaran yang menyenangkan. Ini adalah satu daya pendorong tersembunyi yang amat kuat yang menyumbang kepada kejayaan dalam perniagaan MLM. Asas kepada perniagaan MLM adalah perhubungan sesama manusia. Utamakan perhubungan mesra dalam setiap urusan ini agar jiwa anda tenang.. Untuk berasa selesa dan dihargai anda perlu menumpukan perhatian kepada nilai-nilai hidup anda seperti:


  • Sabar, murah hati, berfikiran terbuka,

  • Bekerjasama, jujur, integriti,

  • Jati diri, berani, berterus terang,

  • Berkepimpinan, kasih sayang, mendengar dan belajar.

TAHNIAH DAN SYABAS

Tahniah kerana BIJAK DAN BERANI buat keputusan menyertai perniagan MLM. Perniagaan MLM adalah unik kerana boleh dilakukan oleh orang biasa dengan potensi pendapatan luar biasa.

Bagaimana ia berlaku? Kerana adanya “SISTEM” yang membantu anda membina kejayaan dalam perniagaan MLM. Anda mesti terus berada dalam “SISTEM” dan mengikuti “SISTEM” yang terbukti berkesan.

Tulisan dalam blog ini adalah dari Buku “MEMBURU KEJAYAAN: Sistem Hebat Bina Kekayaan” ini menjelaskan “SISTEM” yang perlu diikuti oleh usahawan perniagaan MLM bagi memudahkan anda menjalankan perniagaan MLM ini dan seterusnya mencipta kejayaan gemilang. Perniagaan MLM yang mengikut “SISTEM” menjadikan perniagaan anda teratur dan anda mampu menikmati perasaan yang tenang.

SEBUAH PESANAN: Perniagaan MLM sangat mementingkan “PROSES PENGGANDAAN”. Hanya melalui “PENGGANDAAN” usahawan MLM mampu menikmati pendapatan yang lumayan. Maka melalui “SISTEM” yang mudah difahami dan dipraktikkan membolehkan proses penggandaan berlaku dengan lancar.

Kami merakamkan ucapan tahniah kerana anda melayari blog ini @ miliki buku ini. Mudah-mudahan komitmen kami menyiapkan blog @ buku ini dapat membantu merealisasikan impian anda. Apa yang lebih penting ialah anda mesti memberi komitmen padu bagi memburu kejayaan yang gemilang.
Selamat berjuang.

AZMI ABDUL MANAF
(+6) 019 2743953
azmir_ross@yahoo.com
22 Februari 2010

21 Februari 2010

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera...

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dalam perjuangan untuk meningkatkan potensi dan pencapaian diri, meningkatkan kualiti hidup keluarga dalam segenap bidang dan lebih penting sentiasa berada dalam keadaan bahagia.
Laman blog ini saya bangunkan atas kesedaran untuk membantu anda mendapatkan informasi bagi membangunkan perniagaan MLM yang mempunyai potensi yang cukup besar. Sedikit ilmu perniagaan MLM secara teori dan praktikal yang saya ada seharusnya saya kongsikan dengan anda yang mempunyai minat yang sama.
Bagi mereka yang belum lagi menyertai mana-mana syarikat perniagaan MLM, saya menyeru agar bergabung dengan saya sebagai satu pasukan untuk kita sama-sama meneroka peluang yang terbuka luas dalam perniagaan MLM bersama syarikat Zhulian. Anda boleh berhubung terus dengan saya asalkan niat yang murni.